bukan mengambil kesempatan atas keuntungan November 21, 2009
Posted by dan_alrashid in kerja, program.add a comment
assalamualaikum..
terpanggil untuk merespon setelah banyaknya kem motivasi di musim cuti sekolah ini..
“kenapa banyak sangat, sampai tak tahu nak pilih mana satu”, keluh ibu bersendirian. mahukan anaknya berjaya dalam sudut motivasi dan ketabahan diri, tapi bila lihat promosi terlalu banyak.. bezanya cuma penganjur, harga yuran, dan muka penceramah yang ditayangkan pada pamplet program tersebut..
aku yang anjurkan juga kadang-kadang terfikir juga.. tapi apa yang termampu, kita bawalah kelainan yang tidak ada pada penganjur lain.
soal keuntungan, adalah fitrah perniagaan. tapi yang terlebih penting ialah, keikhlasan dan kesungguhan penganjur melaksanakan program tersebut. disamping membawa harapan daripada ibu bapa.
bermodalkan tulang empat kerat dan pengalaman yang mencukupi, aku melaburkan semunya untuk memastikan anak muda hari ini terus kekal dalam landasan Akidah dan Akhlak Islam.
bagi ibubapa, pandanglah nilai yuran yang diletakkan itu sebagai tanggungjawab. sebagai qadha’ atas tanggungjawab yang terlepas pandang kepada anak-anak semasa kerja.
Allah membuka ruang untuk anak-anak muda. masih ada yang menghulurkan tangan menunjukkan jalan dikala anak-anak muda memberontak mencari ‘kebebasan’ dan identiti serta diri mereka yang ’sesat’ tanpa arah pandu oleh ibubapa.

jadi sekali lagi saya menggalakkan ibubapa menghantarkan anak-anak anda ke kem motivasi di musim cuti sekolah ini!
Danial
Wangsa Maju, KL.
jemputan khas buat pemuda-pemudi Malaysia di musim cuti sekolah!! November 21, 2009
Posted by dan_alrashid in hidupku.add a comment
masih lagi.. November 3, 2009
Posted by dan_alrashid in hidupku.add a comment
salam
semua orang tertanya2, mana blog danial pergi.. dah tak menulis ke.. dah tak berkarya dah ke..

aku pun terpikir, masih ada lagi ke bakat menulis pada aku.. sejak meninggalkan kampus, kehidupan dah jauh berubah.. masih lagi minat membaca seperti dahulu, tapi pendedahan untuk penulisan sudah lagi tidak kelihatan..
masih lagi.. masih ada lagi minat2 atas semua ini.. pertemuan dengan Ust Hasrizal baru2 ini, membuatkan aku sedikit bersemangat untuk kembali menulis.. tak perlu menulis sebuah buku, ada saja perkara yang nak dikongsikan dalam laman ini, aku akan nukilkan semuanya..
genre? entahla.. aku sendiri tak tau di mana minat aku.. aku tiada bakat seperti Ust Hasrizal dalam penulisan isu parenting nya.. tiada bakat untuk menulis novel cinta.. yang ada hanyalah perkongsian ilmu semata2..

aku mesti bangun kembali dari tidur yang panjang ini.. mana boleh biar sahaja ruang percuma dalam blog ini disia-siakan begitu sahaja..
AD Danial
Sunway Kayangan
things goin on my way.. September 29, 2009
Posted by dan_alrashid in hidupku.1 comment so far
first thing first, would like to wish selamat hari raya to all my frens.. please forgive my bad..
right now, i’m on my own legs.. can do anything i want, go anywhere i like, talk anything i can, everything!

be a “penganggur” is not my plan, but just want my life out of people’s control.. after 4 months working in Japan’s company, maybe its time for me to go back to my previous job, that is business..
after this, no body can expect what will i be.. holding a degree doesnt mean that i cannot work in stall, small shop, stable, etc.. but if i own the ownership, who cares! professionalism is not my target.. the most important is how to make money..
just hoping that, i’m in the corrrect path.. please guide me, the Mighty Allah..
Danial
Shah Alam
kuburkan kekusutan.. suburkan ketenangan.. August 24, 2009
Posted by dan_alrashid in hidupku.3 comments
alangkah indahnya kalau semua yang berlaku adalah apa yang kita mahukan..
tapi Allah Maha Mengetahui… firmanNya “kadangkala kamu menyangka yang perkara yang baik itu baik untuk kamu, sedangkan ianya mudarat bagi kamu.. dan kadangkalau kamu menyangka perkara yang tidak baik itu, tidak baik untuk kamu, sedangkan ianya baik untuk kamu.. sesungguhnya Allah Maha Mengetahui”
jangan cepat mengalah wahai Danial, kamu ada apa yang ramai idamkan.. iaitu ketenangan dalam beragama.. yakinlah pada Allah dalam setiap perkara.. insyaallah baik untuk kamu..
